Sunday, 14 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan :)

Asalamualaikum semuaa. Korang sihat? Puasa ke tak nih? Haaa. Pada kesempatan ni, fatin nk ucapkan SALAM RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA. Alhamdulillah, kita sempat lg menjalani ibadah puasa tahun ni. Manalah tahu tahun depan kita dah tak sempat. Ajal maut di tangan Allah. So, manfaatkan Ramdhan kali ni baik2 ye. Hah, bercakap pasal Ramadhan kann, berapa ramai yg tertunggu tunggu Ramadhan nk datang? Ramai yg mengeluh. Sepatutnya kita bersyukur sebab Ramadhan ni banyak berkat tau. Banyak pahala kita boleh dapat. Bayangkan, tidur dikira sebagai ibadah. Apatah lagi, mengaji, solat sunat terawih semua tu. Alhamdulillah :) Masalahnya semua duk sibuk pasal RAYA. Hmm. Raya? Memang laa best time raya kann? Tp lagi best kalau kita puasa sungguh2. Baru boleh rasa kenikmatan raya yg sebenar benarnya. Ni tak, belum puasa lagi dah sibuk nak cari kain lahh, nk tempah laa, cari baju yg dah siap laaa. Kuih raya nye lagi. Haihhh. Banyak betul. Ape nak jadi laa. Astaghfirullah. Ada ke kita buat persiapan untuk berpuasa? Takde kan? Persiapan untuk RAYA adalaa. Betul ke kita dah ready nak puasa? Kita ikhlas ke puasa ni? Ke sebab semua orang puasa, kita pun puasa sekali? Haaaaa, cuba tanya diri masing2. Hakikatnya, memang ada dalam kalangan kita tak suka Ramadhan datang kan? Kenapa? Letih, penat? Tulaa namanya pengorbanan. Dan setiap pengorbanan kita tu akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Fatin bukannye nak cakap fatin baik. Tp InshaAllah, fatin akan berubah sedikit demi sedikit. Lebih baik sedikit tp berkekalan drpd berubah secara mendadak tp hanya untuk seketika. Betul tak? Hmmm. Baju raya tu kalau boleh mesti nak yg cantik2, mahal2. Biar jadi gorgeous gituu. Dan kalau boleh taknak ada yg lebih dari dia. Dia je yg paling cantik. Baju dia je yg paling mahal. LIMITED EDITION laa katakan. Tak gituu? Semahal mana pun pakaian kita, tak bawak masuk kubur pun Datin2 sekalian. Kita pakai kain putih je nanti, takde corak apa2 punn. Takde labuci, takde manik punn. Kosong je. Putih bersih. Lagipun murah je. Takpayah laaa nk membazir sgt semata mata nak raya. Tak salah nk beli yg baru punya sebagai tanda meraikan Aidilfitri, tp jgn nak membazir. Membazir tu amalan syaitan tau? Nak ke jadi sahabat diorang? Haa. Mestilaa taknak kann. Ni tak, asal raya je semua nak tukar baru. Baju tu memang dah sah. Apa lagi? Sofa, langsir, TV, peralatan dalam rumah, peti ais ke apa ke. Kalau boleh dengan rumah sekali nak ditukarnye mungkin -__- Astaghfirullah. Hmm. So kesimpulannya, jgn membazir. Manfaatkan Ramadhan ni baik2. InshaAllah, semoga kita mendapat syafaat. Assalamualaikum :D

No comments:

Post a Comment