Monday, 23 December 2013

Doa Untuk Kaum Hawa Semasa Datang Haid

Hai. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Dah makin sihat malam ni. Walaupun batuk and selesema tak hilang lg. Tambah pulak dgn period pain. Allahuakbar. Susahkan jadi wanita. Tp Allah bagi wanita paling senang untuk masuk syurga dan senang jugak untuk masuk nerakaNya. Nauzubillah. Okay. Harini nak share sikit doa bagi kaum hawa yg baru first day datang haid. Takpe. Jgn malu. Cikgu sy cakap, kita patut bangga sebab tiap-tiap bulan kita datang haid. Sebab tu menunjukkan kita sihat. Tu kan fitrah bagi wanita. Tp sebagai seorang muslimah, kita memang patut ada perasaan malu bila nk bercakap soal ni depan kaum adam. Okayyyyy. NAH. 

-Riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a. bermaksud: Tidak ada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan kepada dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa "Alhamdulillahi ala kulli hali wa astaghfirullaha min kulli zanbi"

-(Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa ) pada hari haid yang pertama maka baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

In Shaa Allah. Sama sama kita amalkan okay. Wassalam :)

Sunday, 22 December 2013

Penghijrahan yg tiada henti

Assalamualaikum readers. Hmmm. Firstly, panjatkan sebanyak banyak syukur kepada Allah yg masih bagi aku peluang untuk terus menghirup udara yg dipinjam kan ni. Alhamdulillah :') Korang semua sihat? Jaga kesihatan tau. Kalau tak sihat. nak solat pun tak berapa nak khusyuk nanti. Taknak laa macam tu kan.

Okay. HIJRAH Pernah dengar perkataan ni? Tahu ke maksudnya? Kalau tak, rajinkan diri cari dalam kamus yeee. Heeee. Kita ni sebenarnya selalu berhijrah. Berhijrah ke arah yg lebih baik. Kalau dulu, hati kita ni kotor, busuk. Suka mengata dekat org, stop laa. Pegi mintak maaf. Kalau nanti kita dah meninggal, tak sempat mintak maaf? Nauzubillah. Susah nk cari dia dekat akhirat. Kalau dulu suka buruk sangka dekat org, ubahlaa. Husnudzon. Buang sikap sikap yg tak elok tu semua. Kalau kita suka iri hati dekat org, cuba fikir org yg lebih susah dari kita. Ape yg dia ada? Kita Alhamdulillah cukup lengkap semua dah. Jgn pandang org atas kita, pandang org bawah kita. Baru kita reti nk bersyukur. Okay?

Hmm. Fatin pun bukannya baik sgt. Biasalaa manusia kan. Semua pernah buat silap. Nasihat ni pun untuk diri sendiri jugak. Peringatan. Kita ni pun sering terlalai kan. Semua ni pun atas pengalaman sendiri jgk. Sebab tu kita kena tempuh je ape ape halangan sekalipun yg ada depan kita. Kita kena usaha, usaha, usaha lebih lagi, tawakal dan berdoa je dkt Allah. In Shaa Allah, Dia akan bantu kita. Tp tolong la jgn pernah putus asa. Kalau kita jatuh sekali, tak bermakna kita akan jatuh buat selama lamanya dan takboleh bangkit. Kita BOLEH! 

Tulah namanya penghijrahan yg tiada hentinya. Selalu muhasabah diri. Tengok kelemahan diri kita, perbetulkan. Jangan nk tengok kelemahan org je. Lumrah, manusia memang semua buat dosa. Kalau nk masuk Syurga Allah, carilah pahala. Buat amal. Zikir, mengaji, sedekah. Sedangkan Rasulullah yg dah sah sah masuk Syurga pun tak pernah lekang buat amal ibadat. Kita yg manusia biasa ni lagilah. So, Istiqamah dalam buat sesuatu perkara. Semoga berada dalam keberkatan selalu yeee. Wassalam.

Tahun Baru, Azam Baru

Hai. Assalamualaikum semua :) Hmmm. Dah lama sangat tak update blog ni. Entah. Macam malas nk ambik tahu. Haha. Takpelah.

 Okay. Talking about the title, dah masuk tahun baru dah. Bulan Safar dahpun. Azam pun kenalaa upgrade untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya kan. In Shaa Allah. Sama sama berubah okay. Emm. Fatin pun rasa dah tiba masa untuk Fatin serious dalam penghijrahan Fatin buat kali ni. Fatin harap sangat orang boleh terima perubahan Fatin. Sy tak berubah pun. Still sy yg dulu. Tp mungkin lebih sopan kot. Haha.

 And selama ni sy kuat semangat pun sebab sy jadikan seseorg untuk kuatkan semangat. Kalau Fatin taktahu pape pun, tanya dia laa. Dan, kalau boleh. Fatin nk serious dengan dia. In Shaa Allah ke arah yg halal terus. Aminn. Tu pun kalau ada jodoh. Tp takboleh mengharap sgt kan. Takpelah. Berserah kepada Allah je. Biar Allah yg tentukan. Sekarang ni pun, tak berapa nk sihat sgt. Dahla nk buka sekolah dah. Haihh. Brg tak beli pun lg. Sabar jelah  kan. Fatin harap korang korang semua rajin belajar ye. In Shaa Allah. Untuk Fatin jugak. Okaylah, setakat ni dulu. Assalamualaikum. Masaa ul khoir :)