Monday, 23 December 2013

TABARRUJ atau Berhias Berlebih-lebihan bagi muslimah

Hai :) Assalamualaikummmm. Ni peringatan untuk kaum hawa. Sy sayang diri sy dan sy syg kaum sy. In Shaa Allah. Renung renungkan okayyy.

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari..., “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.”
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ”
(An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”
(Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.”
(Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


13. Kaki (tumit kaki)-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


14. Wangian-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


15. Dada-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
16. Gigi-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).


17. Muka dan Tangan-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).


18. Tangan-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


19. Mata-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).


20. Mulut (suara)-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).


21. Kemaluan-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).


22. Pakaian-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).


23. Rambut”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mentua vs Ibubapa

Hai. Assalamualaikum. Hmmmm harini rajin sikit nak buat entry. Okay. Talking about mentua vs menantu ni kan, mana yg perlu kita hormat? Dua dua sebenarnyaaa. Memang ibubapa lebih daripada mentua dari segi hak hak tertentu. Tp mentua pun kita kena hormat dan sayang macam kita sayang ibubapa kita. Baru betul Kalau anak dia kita boleh sayang sepenuh hati, kenapa tak sayang orang yg melahirkan dan membesarkan dia jugak? Kan. Hmm. Berdasarkan kisah ni, nak kongsi satu cerita tentang perkahwinan Nabi Ismail dengan isterinyaa.

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Penulis yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga ibu, keempat bapa dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 

Sebaliknya anak perempuan pula, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Penulis yakin bahawa suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya. 

(Petikan daripada tulisan Ridhuan Tee)

Doa Untuk Kaum Hawa Semasa Datang Haid

Hai. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Dah makin sihat malam ni. Walaupun batuk and selesema tak hilang lg. Tambah pulak dgn period pain. Allahuakbar. Susahkan jadi wanita. Tp Allah bagi wanita paling senang untuk masuk syurga dan senang jugak untuk masuk nerakaNya. Nauzubillah. Okay. Harini nak share sikit doa bagi kaum hawa yg baru first day datang haid. Takpe. Jgn malu. Cikgu sy cakap, kita patut bangga sebab tiap-tiap bulan kita datang haid. Sebab tu menunjukkan kita sihat. Tu kan fitrah bagi wanita. Tp sebagai seorang muslimah, kita memang patut ada perasaan malu bila nk bercakap soal ni depan kaum adam. Okayyyyy. NAH. 

-Riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a. bermaksud: Tidak ada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan kepada dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa "Alhamdulillahi ala kulli hali wa astaghfirullaha min kulli zanbi"

-(Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa ) pada hari haid yang pertama maka baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

In Shaa Allah. Sama sama kita amalkan okay. Wassalam :)

Sunday, 22 December 2013

Penghijrahan yg tiada henti

Assalamualaikum readers. Hmmm. Firstly, panjatkan sebanyak banyak syukur kepada Allah yg masih bagi aku peluang untuk terus menghirup udara yg dipinjam kan ni. Alhamdulillah :') Korang semua sihat? Jaga kesihatan tau. Kalau tak sihat. nak solat pun tak berapa nak khusyuk nanti. Taknak laa macam tu kan.

Okay. HIJRAH Pernah dengar perkataan ni? Tahu ke maksudnya? Kalau tak, rajinkan diri cari dalam kamus yeee. Heeee. Kita ni sebenarnya selalu berhijrah. Berhijrah ke arah yg lebih baik. Kalau dulu, hati kita ni kotor, busuk. Suka mengata dekat org, stop laa. Pegi mintak maaf. Kalau nanti kita dah meninggal, tak sempat mintak maaf? Nauzubillah. Susah nk cari dia dekat akhirat. Kalau dulu suka buruk sangka dekat org, ubahlaa. Husnudzon. Buang sikap sikap yg tak elok tu semua. Kalau kita suka iri hati dekat org, cuba fikir org yg lebih susah dari kita. Ape yg dia ada? Kita Alhamdulillah cukup lengkap semua dah. Jgn pandang org atas kita, pandang org bawah kita. Baru kita reti nk bersyukur. Okay?

Hmm. Fatin pun bukannya baik sgt. Biasalaa manusia kan. Semua pernah buat silap. Nasihat ni pun untuk diri sendiri jugak. Peringatan. Kita ni pun sering terlalai kan. Semua ni pun atas pengalaman sendiri jgk. Sebab tu kita kena tempuh je ape ape halangan sekalipun yg ada depan kita. Kita kena usaha, usaha, usaha lebih lagi, tawakal dan berdoa je dkt Allah. In Shaa Allah, Dia akan bantu kita. Tp tolong la jgn pernah putus asa. Kalau kita jatuh sekali, tak bermakna kita akan jatuh buat selama lamanya dan takboleh bangkit. Kita BOLEH! 

Tulah namanya penghijrahan yg tiada hentinya. Selalu muhasabah diri. Tengok kelemahan diri kita, perbetulkan. Jangan nk tengok kelemahan org je. Lumrah, manusia memang semua buat dosa. Kalau nk masuk Syurga Allah, carilah pahala. Buat amal. Zikir, mengaji, sedekah. Sedangkan Rasulullah yg dah sah sah masuk Syurga pun tak pernah lekang buat amal ibadat. Kita yg manusia biasa ni lagilah. So, Istiqamah dalam buat sesuatu perkara. Semoga berada dalam keberkatan selalu yeee. Wassalam.

Tahun Baru, Azam Baru

Hai. Assalamualaikum semua :) Hmmm. Dah lama sangat tak update blog ni. Entah. Macam malas nk ambik tahu. Haha. Takpelah.

 Okay. Talking about the title, dah masuk tahun baru dah. Bulan Safar dahpun. Azam pun kenalaa upgrade untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya kan. In Shaa Allah. Sama sama berubah okay. Emm. Fatin pun rasa dah tiba masa untuk Fatin serious dalam penghijrahan Fatin buat kali ni. Fatin harap sangat orang boleh terima perubahan Fatin. Sy tak berubah pun. Still sy yg dulu. Tp mungkin lebih sopan kot. Haha.

 And selama ni sy kuat semangat pun sebab sy jadikan seseorg untuk kuatkan semangat. Kalau Fatin taktahu pape pun, tanya dia laa. Dan, kalau boleh. Fatin nk serious dengan dia. In Shaa Allah ke arah yg halal terus. Aminn. Tu pun kalau ada jodoh. Tp takboleh mengharap sgt kan. Takpelah. Berserah kepada Allah je. Biar Allah yg tentukan. Sekarang ni pun, tak berapa nk sihat sgt. Dahla nk buka sekolah dah. Haihh. Brg tak beli pun lg. Sabar jelah  kan. Fatin harap korang korang semua rajin belajar ye. In Shaa Allah. Untuk Fatin jugak. Okaylah, setakat ni dulu. Assalamualaikum. Masaa ul khoir :)