Monday 23 December 2013

Doa Untuk Kaum Hawa Semasa Datang Haid

Hai. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Dah makin sihat malam ni. Walaupun batuk and selesema tak hilang lg. Tambah pulak dgn period pain. Allahuakbar. Susahkan jadi wanita. Tp Allah bagi wanita paling senang untuk masuk syurga dan senang jugak untuk masuk nerakaNya. Nauzubillah. Okay. Harini nak share sikit doa bagi kaum hawa yg baru first day datang haid. Takpe. Jgn malu. Cikgu sy cakap, kita patut bangga sebab tiap-tiap bulan kita datang haid. Sebab tu menunjukkan kita sihat. Tu kan fitrah bagi wanita. Tp sebagai seorang muslimah, kita memang patut ada perasaan malu bila nk bercakap soal ni depan kaum adam. Okayyyyy. NAH. 

-Riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a. bermaksud: Tidak ada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan kepada dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa "Alhamdulillahi ala kulli hali wa astaghfirullaha min kulli zanbi"

-(Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa ) pada hari haid yang pertama maka baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

In Shaa Allah. Sama sama kita amalkan okay. Wassalam :)

No comments:

Post a Comment